reality dan fantasi: berhati-hati di jalan raya:))

Saturday, 27 August 2011

berhati-hati di jalan raya:))

assalamualaikum>xjwb dosa<
ya dah dekat nak raya niey kan bebagai la cerita kita dengar dekat tv kan radio pown...so aq nk tulis 1 entry pasai hati-hati jalan raya acctually aq copy jep..xpe kowt..:))
so macam biasalah carik info dlu kan aq bknnya pndai pown bab-bab fakta niey auta pandai la kan..hehe
kalau korang nk twu lebih detail korang bce lah penat aq bebel korang bukan pfm pown kan hehehe
RASAH 1 Sept. – Polis mengingatkan orang ramai yang pulang bercuti pada Hari Raya Aidilfitri supaya tidak mengubah suasana gembira itu menjadi tragedi akibat lalai dan cuai ketika memandu.
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, pemandu perlu mengelak memandu terlalu laju terutama di jalan yang lurus kerana ia boleh menjadi menyumbang kepada kemalangan maut.
“Berdasarkan kajian kita, kebanyakan kemalangan berlaku di negeri ini melibatkan jalan persekutuan.
Masa kemalangan itu berlaku biasanya ketika keadaan kereta kurang dan pemandu pula memandu terlalu laju sehingga menyebabkan kenderaan terbabas,” katanya di Senawang, dekat sini hari ini.
Osman ditemui pemberita selepas melancarkan Ops Sikap Ke-22 peringkat negeri di Plaza Tol Senawang, dekat sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Datin Zailan Zainuddin serta beberapa pegawai kanan polis negeri.
Kata Osman lagi, penunggang motosikal juga masih menjadi penyumbang kepada kemalangan maut di negeri ini.
Saya nasihatkan kepada penunggang motosikal, pakailah jaket pemantul cahaya atau berwarna cerah supaya kehadiran mereka dapat dikesan pemandu kenderaan, khususnya kenderaan berat.
“Jangan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar yang diikat dengan kemas. Perbuatan tidak memakai topi keledar ini boleh mengundang bahaya,” tegasnya.
Sementara itu dalam Ops Sikap Ke-22 yang dilancarkan serentak seluruh negara hari ini, seramai 27 orang pegawai akan bertugas secara bergilir-gilir bersama 208 orang anggota pelbagai pangkat bermula hari ini sehingga 27 September depan.
“Mereka akan mengawasi laluan sejauh 2,718.73 kilometer di kesemua jalan persekutuan dan negeri, di negeri ini, termasuklah di lebuh raya,” tambahnya.
Tegas Osman, berdasarkan statistik 2008 telah dicatatkan sebanyak 863 kes kemalangan jalan raya dengan 23 kematian.
“Tahun lalu, jumlah kemalangan jalan raya direkodkan sebanyak 865 kes, bagaimanapun jumlah kematian menurun kepada 18 orang,” jelasnya.
Sehubungan itu, Osman berharap pada Ops Sikap kali ini, kadar kemalangan dan kematian dapat diturunkan selepas begitu banyak kempen kesedaran dibuat pelbagai pihak.
Pakailah tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan dan belakang kerana ia dapat meningkatkan tahap keselamatan apabila berlaku kemalangan.
“Penumpang di belakang yang tidak menggunakan tali pinggang keledar merupakan punca bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan.
“Ini kerana pada kelajuan biasa 50 hingga 60 kilometer sejam, impak hentakan penumpang di belakang pada kerusi di hadapannya ialah 40 kali berat badannya,” ujar Osman.
Pada majlis pelancaran itu Osman turut mengedarkan jaket keselamatan dan topi keledar kepada penunggang motosikal selain risalah keselamataan..

sumber:surat khbar dirasiakan..korang tengok yang dy tulis besar sikit 2 la info dy tw:))

bersempena dengan itu jugak saya dengan family saya kaum kerabat saya nk ucap kan selamat hari raya kitaorg nk mnx maaf kalau ada slah silap terkasar bahasa well u know me..:))maaf zahir dan batin yaw
pada adk-adk 2 jgn main mercun tw even meriam pown 


::xlupa jugak dari saya dan suami tercinta saya MR.A dan anak-anak kucing kmi ya SELAMAT HARI RAYA:DD::

mood raya sey

0 comments: